Showing posts with label pemburu. Show all posts
Showing posts with label pemburu. Show all posts

29 July, 2012

Broadhead

         Saya suka mencuba barangan memburu dari luar negara, contohnya membuat koleksi broadhead ( mata anak panah ), terdapat pelbagai jenis bentuk "broadhead" dipasaran dari jenama yang popular seperti muzzy,rage, montec sehinggalah jenama yang kurang quality dan tiruan dari china. Setiap pakej 3 mata broadhead jatuh pada harga rm 200 sehingga rm 400, ini kerana kos penghantaran yang tinggi dari luar, oleh itu saya akan jual selebihnya secara berasingan di blog ini pada bahagian "kedai online", kerana saya nak pakai satu jer untuk test hehehe. Ini adalah berita baik kepada mereka yang menggunakan slingbow, kerana memadai hanya dengan satu anak panah sahaja.Begitu juga dengan produk - produk lain. Contohnya rod panah, slingshot dan lain lain.


Broadhead @mata anak panah terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, kebiasaannya untuk kegunaan latihan memanah
digunakankan mata jenis biasa yang tidak mempunyai bilah pisau pada hujung mata anak panah. Tetapi untuk kegunaan memburu ianya mengikut kesesuaian kegunaan mengikut jenis peralatan memanah (longbow,recurve,compound,crossbow,slingbow dll ) kekuatan panah, panjang rod panah, kesan koyakan@tusukan yang diingini ,jarak dan lain-lain.



26 July, 2012

Muqadimmah

            Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung, terima kasih kerana sudi melepak diblog hamba pacal yg hina ini hehehe, tujuan saya buat blog ini kerana minat yang amat mendalam pada apa-apa sahaja yang berkaitan di dalam bidang pemburuan. Sama ada teknik memburu ,kisah pemburu yang misteri, rahsia - rahsia dan tips pemburu, terutamanya peralatan yang digunakan untuk memburu, sama ada peralatan moden atau tradisional. Mungkin tak banyak yang dapat saya kongsikan disini seperti yang semua " sedia maklum" hehehe . tetapi kerana minat yang tinggi di dalam sukan ini menarik saya untuk menghasilkan blog untuk kepuasan sendiri dan seterusnya untuk berkongsi maklumat dengan semua. 





          selamat memburu !  ( pastikan ada permit & tak melanggar apa-apa akta..)