29 July, 2012

Broadhead

         Saya suka mencuba barangan memburu dari luar negara, contohnya membuat koleksi broadhead ( mata anak panah ), terdapat pelbagai jenis bentuk "broadhead" dipasaran dari jenama yang popular seperti muzzy,rage, montec sehinggalah jenama yang kurang quality dan tiruan dari china. Setiap pakej 3 mata broadhead jatuh pada harga rm 200 sehingga rm 400, ini kerana kos penghantaran yang tinggi dari luar, oleh itu saya akan jual selebihnya secara berasingan di blog ini pada bahagian "kedai online", kerana saya nak pakai satu jer untuk test hehehe. Ini adalah berita baik kepada mereka yang menggunakan slingbow, kerana memadai hanya dengan satu anak panah sahaja.Begitu juga dengan produk - produk lain. Contohnya rod panah, slingshot dan lain lain.


Broadhead @mata anak panah terdiri daripada pelbagai jenis bentuk, kebiasaannya untuk kegunaan latihan memanah
digunakankan mata jenis biasa yang tidak mempunyai bilah pisau pada hujung mata anak panah. Tetapi untuk kegunaan memburu ianya mengikut kesesuaian kegunaan mengikut jenis peralatan memanah (longbow,recurve,compound,crossbow,slingbow dll ) kekuatan panah, panjang rod panah, kesan koyakan@tusukan yang diingini ,jarak dan lain-lain.