20 August, 2012

Pemburu Haram


Jangan jadi Pemburu Haram Jadah !

          Sifat dan naluri  sebagai  seorang pemburu adalah normal sebenarnya,Lelaki sememangnya dilahirkan secara semulajadi sebagai seorang pemburu, bermula dari zaman kanak-kanak, bermain memburu haiwan kecil serta serangga seperti "tembak cicak" tikus sehinggalah dewasa, Menjejak kesan tapak kaki binatang, memahami jenis habitat, pemakanan,tempat tinggal,melakukan pemerhatian dan seterusnya berhadapan dengan haiwan liar adalah amat menyeronokkan dan mendebarkan. Walaubagaimanapun minat di dalam bidang ini selalunya di salah ertikan sebagai "pemburu haram" dan perosak ekosistem kerana segelintir kecil manusia yang tamak haloba. Pemburu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu :

1 : Pemburu semulajadi (real hunter) mempunyai jiwa pemburu yang mendalam, cintakan haiwan,menghormati ekosistem hutan dan perundangan negara, menyukai peralatan dan outfit memburu, suka kepada aktiviti menembak,membidik target di lapang sasar dan masuk hutan sebagai aktiviti tahunan dan musim cuti untuk menjiwai dan menghayati seterusnya memburu haiwan-haiwan yang dibenarkan untuk diburu dengan mengambil permit dan lesen memburu.

2: Pemburu Haram (jadah) bersifat tamak haloba, tidak menghormati ekosistem hutan dan perundangan, langsung tiada rasa sayang dan cintakan pada alam semula jadi dan haiwan sebaliknya hanya menurut nafsu serakah naluri pembunuh dan wang ringgit. Mereka ini hanya main rembat jer apa yang lalu depan mata semua nak di tembak dan sesetengah daripadanya melakukan aktiviti pemburuan haram sebagai karier dan aktiviti harian disebabkan permintaan daging,kulit dan tanduk haiwan-haiwan eksotik yang tinggi.
Harimau yang dirampas daripada pemburu haram
               Kesimpulannya akibat daripada manusia-manusia pemburu haram jadah ni ler yang menyebabkan bidang sukan pemburuan dipandang serong dan dibenci oleh masyarakat. Bukan itu sahaja, kerana mereka malah ada juga pemburu yang ditangkap dan didakwa akibat memasuki kawasan larangan dan kurang pengetahuan tentang akta-akta baru dan perundangan negara. "Pemburu haram jadah" ini juga menyebabkankan berkurangnya populasi hidupan liar yang boleh diburu, sebagai contoh pembekuan lesen memburu rusa dan kijang oleh Perhilitan akibat pengurangan drastik populasi rusa dan kijang di Semenanjung Malaysia. Sebelum pembekuan ini, rusa dan kijang boleh diburu dengan menggunakan senjata api yang sah pada bulan November, dan satu permit hanya untuk seekor rusa atau kijang.

"Target decoy" khasnya untuk latihan memanah
              " Kalau semua tak boleh buru, habis takkan nak tembak cicak jer ?!! " hehehe siapa kata tak boleh memburu ? ada banyak lagi cara untuk golongan pemburu meneruskan niat dan hobi dengan syarat tidak melanggar sebarang akta. Boleh mendapatkan lesen memburu untuk haiwan-haiwan yang dibenarkan untuk memburu. Lagipun boleh buru haiwan -haiwan perosak tanaman contohnya babi hutan,tupai, kera.( untuk muslim jangan di makan pulak babi hutan tu hehehe ). Satu lagi caranya ialah dengan melepaskan gian pada target decoy( haiwan tiruan). Beli je target decoy kat ebay macam-macam jenis binatang ada, bukan setakat rusa je, beruang panda pun ada hahaha. Hipokrit ke tembak target decoy ni ? Bagi saya ini adalah latihan untuk menajamkan skill dan untuk lepas gian menembak dan memanah sementara menunggu pembekukan permit dibenarkan kembali. Selamat Memburu !